Denaihati

Harimau Malaya

Thursday 1 May 2014

awan berarak..langit mendung

ALHAMDULLILLAH...bersyukur di atas limpahan,kurniaan n innayahNYA..kta masih lagi hidup n d beri nikmat nyawa untuk meneruskan idup i bulan rejab nie...arie nie 1 rejab 1435 hijrah bersamaan hari pekerja iaiti 1 Mei 2014...arie nie aku lihat di langit..cuaca seakan gembira bla hadirnya bulan nie..nyaman je..sejuk je..ALLAH..nikmat yg mana hendak kta dustakan lg???ALLAH sgt maha pengasih n maha penyayang pd hamba hambaNYA..bab tuh DIA bg je rejeki pd ssapa hambaNYA..walaupun ade yg mengingkari suruhanNYA,namun rezeki tetap DIA beri...smga kta mendapat taufik n hidayah dariNYA...dunia semakin tua kengkawan...carilah sesuatu utk bekalan di akhirat sana...biar bersusah susah di dunia,tapi di akhirat bersenang lenang sentiasa...syurga itu mahal bukan mudah untuk di gapai..banyak cabaran idup yg perlu di tempohi sebelom masuk kew syurga ALLAH...kengkawan,kta idup zaman keempat setelah zaman Rasullullah,sahabat,tabi tabi'in.. antara jarak dunia dengan kiamat adalah antara jari manis dengan kelingking....ALLAH..begitu hampir n dekat..banyak tanda tanda besar bla mna dunia hampir kiamat...antaranya ialah bangunan mencakar langit,banjir besar seperti zaman Nabi Noh,tanah runtuh,zina semakin berleluasa,anak zina semakin ramai,kekejaman n penindasan terhadap owang owang beriman n Islam...kedatangan fitnah dajal begitu menghampiri kta..apakah bekalan n kesediaan kta utk menghadapinya??semoga kta d beri kekuatan iman n amal ndaknya...smaga ALLAH membantu owang owang mukmin utk menegakkan syiar ISLAM ini...


Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya 


Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati)


TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
  •  Asap
  • Dajjal
  •  Binatang melata di bumi
  • Terbitnya matahari sebelah barat
  • Turunnya Nabi Isa A.S
  •  Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  • Gerhana di timur
  • Gerhana di barat
  • Gerhana di jazirah Arab
Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.Dajjal maksudnya ialah bahaya besar  atau fitnah terbesar pada zaman kta yang mana tidak ada bahaya besar atau fitnah sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan tersembul seperti buah anggur...di dahinya pula akan tertulis ''kaf faa raa'' kafir.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."


• Sebelum munculnya Al-Masih Ad-Dajjal (Dajjal Al-Akbar),terlebih dahulu muncul dajjal si pendusta yang jumlah mereka menghampiri 30 orang, masing-masing mendakwa diri mereka adalah pesuruh Allah.

• Dajjal itu buta mata kanannya, seperti buah anggur yang terjojolkeluar. Di antara dua matanya tertulis “Kafir” (kaf,fa,ra) yang boleh dibaca oleh setiap muslim, meskipun mereka yang buta huruf.

Diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah s.a.w pernah menceritakan tentang kisah Tamim Ad-Dary yang asalnya seorang Nasrani telah memeluk agama Islam, mengenai Dajjal. Diberitahunya kepada Rasulullah bahawa beliau pernah menumpang sebuah kapal bersama 30 orang lelaki berbangsa Lakhm dan Judzam.Mereka telah dilambung ombak selama sebulan dan akhirnya mereka mendarat di sebuah pulau di tengah lautan. Di situ, mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat hinggakan tidak dapat dibezakan antara bahagian depan dan belakangnya. “Siapakah kamu?”, teriak mereka dan dijawab oleh binatang itu, “Aku adalah Jassasah.” Tanya mereka lagi, “Apakah Jassasah itu?” dan jawabnya lagi, “Wahai kaum, pergilah kamu menemui seseorang yang berada di dalam kuil ini kerana beliau amat mengharapkan
berita daripada kamu semua. Ketika di dalam kuil itu, mereka melihat seorang manusia yang sangat besar tubuhnya dan kuat anggotanya. Beliau terbelenggu dengan besi di mana kedua-dua tangannya diikatkan kepada leher dan lututnya hingga bersatu dengan kedua buku lalinya. Mereka pun menanyakan siapakah beliau sebenarnya dan jawabnya,”Kamu semua telah ditakdirkan untuk mengetahui akan keadaanku, beritahulah aku siapakah kamu semua ini.” Lalu, mereka memberitahu siapakah mereka dan bagaimana mereka boleh terdampar ke situ. Kemudian, lelaki itu bertanya kepada mereka,”Khabarkan kepadaku tentang Kurma Baisan.'' Mereka bertanya, “Apakah yang kamu ingin ketahui mengenainya?” Beliau berkata,”
Aku bertanya kepada kamu tentang pokoknya, adakah ia masih berbuah?” Jawab mereka,”Ya. Lalu beliau berkata, Sesungguhnya ia hampir-hampir tidak berbuah. Khabarkan kepadaku tentang danau Thabariyah.”
Mereka bertanya lagi, “Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?” Balasnya, Adakah ia masih berair?” Jawab mereka, “Banyak.” Katanya, “Sesungguhnya airnya hampir-hampir kehabisan. Khabarkan kepadaku tentang air Zagher. Merekapun bertanya kepadanya, “Apakah yang ingin kamu ketahui mengenainya?”
Balasnya, “Adakah ia masih mempunyai air? Adakah para penduduknya bercucuk tanam dengan menggunakan air tersebut?” Mereka menjawab, “Ya. Di dalamnya banyak air dan para penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam. Kata lelaki itu lagi, ” Khabarkan kepadaku tentang seorang Nabi orang-orang ummi (buta huruf), apakah yang dilakukannya?” Mereka menjawab, “Dia telah muncul dari Mekah dan tinggal di Madinah.” Beliau bertanya lagi, “Adakah ia dimusuhi oleh bangsa Arab?”. “Ya.” Jawab mereka. Soalnya lagi, Bagaimanakah beliau memperlakukan mereka?” Mereka menjawab,” Nabi itu telah
menzahirkan dirinya di kalangan orang-orang Arab di sekitarnya dan mereka telah mentaatinya.” Kata lelaki itu, “Itu sudah terjadi.” “Benar.” Sahut mereka. Maka,berkatalah lelaki itu,” Sesungguhnya mereka lebih layak mematuhinya dan aku memberitahu kepadamu tentang diriku yang sebenarnya. Aku adalah Al-Masih Ad-Dajjal. Sesungguhnya aku hampir diizinkan keluar dan menjelajah bumi. Setiap tempat akan aku singgahi selama 40 malam kecuali Mekah dan Tayyibbah (Madinah) kerana kedua-duanya diharamkan ke atasku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang tajam di tangannya untuk menghalangiku. Di setiap celah dan lorong terdapat malaikat yang menjaganya. 


Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
• Dajjal memiliki kesempatan untuk menjelajah bumi selama 40 malam, sehari seperti setahun, sehari di antaranya seperti sebulan, sehari di antaranya seperti seminggu, dan hari-hari berikutnya sebagaimana hari-hari sekarang ini.

• Dajjal mempunyai seekor keldai sebagai tunggangannya. Jarak antara kedua-dua telinga keldai itu adalah 40 hasta. Dajjal turut membawa beberapa gugusan roti.

• Dajjal akan berkata,” Aku adalah Tuhanmu,” padahal sebelah matanya buta dan terdapat tulisan ‘kafir’ di antara kedua matanya.

• Dajjal membawa 2 buah telaga. Sebuah telaga disebutnya sebagai syurga dan satu lagi sebagai neraka. Orang yang dimasukkan ke dalam ’syurga’ itu ternyata adalah neraka, sementara orang yang dimasukkan ke dalam ‘neraka’ itu ternyata adalah syurga.

• Para syaitan diutuskan bersamanya untuk berbicara kepada manusia. Dia membawa satu fitnah yang amat besar.

• Pada pandangan mata manusia, dajjal boleh memerintahkan langit supaya menurunkan hujan serta boleh menghidupkan kembali seseorang manusia yang telah dibunuhnya. Lalu, akan diserunya,”Apakah selain Tuhan dapat melakukan perkara seperti ini?”

• Maka, orang-orang Islam akan berlarian menuju ke gunung Dukhan di Syam, tetapi sempat dihadang oleh Dajjal.
• Setelah itu, turunlah Isa putera Maryam. Ketika Isa putera Maryam yang turut serta bersama mereka selesai menunaikan solat Subuh, mereka pun keluar menghadapi Dajjal.

• Lalu, ketika Dajjal melihat Isa, si pendusta itu meleleh seperti garam yang mencair di dalam air. Isa berjalan ke arahnya dan membunuhnya, hingga pepohonan dan batu-batuan berseru,”Wahai Ruhullah, ini ada orang Yahudi.”Maka beliau pun membunuh setiap orang yang menjadi pengikut Dajjal.


• Riwayat ini hanya terdapat pada Ahmad. (Imam Ahmad)

No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...