Denaihati

Harimau Malaya

Friday 11 July 2014

Gaza..Kami sentiasa bersamamu

kekejaman terhadap saudara saudara kita di Gaza ketika mana orang orang Islam beribadah puasa...Namun ALLAH campakkan rasa berani dalam diri para syuhadak ini...ALLAH kuatkan hati&keimanan mereka mewakili kita yang beragama Islam ini mempertahankan kesucian masjid al-aqsa....ALLAHU AKHBAR...mereka fikir bila ramadhan umat Islam itu lemah????tidak sama sekali..jika berpuasa dalam keimanan yang kental...para syuhadak tidak akan meraskan lapar dan dahaga...

''Barang siapa yang menjaga agama ALLAH,ALLAH akan menjaga dia...''..sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..janji ALLAH itu benar...marilah kita bersama sama mendoakan agar hancurnya zionist...menangkan muslimin,hancurkan musyrikin...

Kita mungkin tidak mampu berperang ,berjuang seperti mereka...namaun tembakan doa untuk mereka banyak banyak...infaqkan harta yang ada untuk mereka...mereka saudara kita..perlu,wajib kita mengambil tahu...umpama cubit peha kanan,peha kiri terasa...

MARILAH SAMA SAMA MEMBANTU MEREKA......infaqkan hartamu ke jalan ALLAH...

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Didik lah hati supaya bertaqwa dan sentiasa mencari keredhaan TUHANmu

Hati nie pelbagai penyakit...terkadang sesuatu pekara menyebabkan hati mati...titik hitam mula terpalit hanya kerana dosa melingari isi hati...jagalah hati,didik lah hati agar sentiasa mencari keredhaan ALLAH,istiqomah dalam perjuangan dalam mengawal nafsu yang membara bara...jangan biarkan hati  mati...

Hidayah serta taufiq ALLAH itu perlu dicari dan diminta..bukan menunggu seru...bukan menunggu kunjungan tiba..begitu lah umpamanya...mana mungkin makanan yang terhidang dimeja dapat disuap ke mulut andai tiada tangan yang menyuapnya....mana mungkin baju dapat di pakai,andai tiada usaha memakainya...

Didik lah hati agar sentiasa mengingati ALLAH dalam senang dan susah,dalam apa jua keadaan agar hidup ini lebih terarah...bertaqwalah,buatlah apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang....cuba berubah sedikit demi sedikit..INS SHA ALLAH..lama kelamaan hati akan tertarik dan jatuh cinta padaNya... kata kata seorang ulama sufi ''taqwa itu ibarat kita berjalan di jalan yang dipenuhi duri&kaca,pasti kita akan berhati hati bila melaluinya...jika tidak berhati hati,nescaya kaca dan duri itu tersusuk pada kaki...

Bila bercakap,keluarkan perkataan yang elok lok,berhati hati dalam percakapan...kerana dengan percakapan yang tidak berhati hati boleh membunuh nilai persaudaraan,boleh menyebab pertelingkahan yang berpanjangan...hurmmmm....nak buat sesuatu tuh perlu berfikir dahulu..baru buat..jangan main redah je tak pakai helmet...

''barang siapa yang tidak meninggalkan percakapan yang tidak elok dan buruk,maka ALLAH tidak akan menerima puasa kamu ,kamu hanya mendapat lapar&dahaga sahaja...alangkah ruginya kita jika ALLAH tidak menerima puasa kita hanya kerana lancang dalam berkata kata,tidak menjaga adab dalam berbicara...adalah lebih baik diam dari berkata kata yang sia sia...orang yang bijak dia lebih suka diam dan suka memerhati...bercakap bila perlu...berbicara atas kebijaksanaannya...

Berusaha lah mencari keampunan ALLAH,kita sebagai hambaNYA perlu berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH...jaga lah aqidah elok elok,jaga lah pertuturan elok elok...huznizon yang baik baik terhadap orang..jangan tengok dia lbih sikit dari kita,kita fitnah dia,kata kata dia....terkadang benda tak seberapa,tapi mengadu domba serta fitnah menfitnah nie menjadi rutin hidup dia...
Ingat lah,ALLAH sentiasa memerhati gerak geri kita...jika hari ini kita bercakap,menfitnah,mengata dan mengadu domba...satu ketika nanti ALLAH akan balas...ALLAH maha adil...

                 ''ALLAH di agungkan,di sembah&di taati...sunnah Rasullullah dihayati bersama''
                 ''ALLAH disyukuri,jangan dikufuri''
                 


Monday 7 July 2014

Jangan kau dengar fitnah dunia

Bulan puasa ini,perbanyakan bermuhasabah diri..top up mana yang kurang...apa yang kurang elok diperbaiki...yang elok lagi nak mantapkan diri..Al maklum lah..iman kita nie pun ada grafnya...adakala turun,adakalanya naik mencanak...bak kata arwah atok aku..iman kita nie senipis kulit bawang,kalo kita jaga elok elok Ins sha ALLAH..iman itu akan bertambah dan bukan berkurangan...hurmmm...

ALLAH....ragam manusia nie pelbagai kerenah...ada suka dan ada yang tak suka...yang mencari kesilapan orang lain ramai,yang nak kondemkan orang lain pon ramai....apa tah lagi nak fitnah orang sana sini...mulut tak penat agaknya asik nak cari spoilt ,kekurangan dan kesalahan orang lain agaknya...
Ialahkan selagi ada mulut leh berkata kata itu ini itu ini...nanti nikmat lidah di tarik baru tahu...

yang tak boleh blah,menda tak seberapa..tapi citernya nak sensasi...fitnah orang sana sini,cite nak gempak itu ini...kalau buat dosa dengan ALLAH,kena bertaubat..tapi kalau buat dosa sesama manusia kena mintak maaf dari orang yang difitnah,diumpat dan dikata itu...jangan ler kita sesama seagama ade akhlak macam itu...tak baik..buat apa nak dengki sesama kita...ALLAH da bagi rezeki masing masing....apakah tiada rasa syukur dihati???jangan sampai sifat sifat mazmumah menbelenggu dalam hati dan diri...kelak diri yang merana,tidak bahagia...

Fitnah itu lebih buruk dari membunuh..sebab apa ianya lebih buruk dari membunuh???sebabnya ia memutuskan tali persaudaraan,mewujudkan pertelingkahan yang berpanjangan,menyebabkan pertengkaran dan pemusuhan...

bulan bulan mulia nie lbh baik perbanyakan beribadah dari buat menda yang lagha dan sia sia..rebutlah ramadhan nie...jangan biarkan ianya berlalu....perbanyakan memohon keampunan dari ALLAH kerana kita hambaNYA yang berdosa...tak salah kita nak berubah lebih baik dari semalam...buat lah kebaikan,walaupun hanya sebesar zahrah sekali pon...

Saturday 5 July 2014

Tahziah kepada biduanita negara,Datuk Shahrifah Aini

Tahziah dan Al-Fatihah buat biduanita,Datuk Sharifah Aini yang telah pulang ke rahmatulah pukul1.26 pagi tadi 5 Julai 2014  di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan besar dalam industri yang pasti akan dirasai. Beliau juga baru menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2 Julai yang lalu telah dimasukkan ke wad ICU akibat fibrosis paru paru atau paru paru berparut pada selasa lalu...Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin lalu iaitu pada 30 Julai 2014....
Jenazah Allahyarham Sharifah Aini akan disolatkan di Masjid Al Taqwa TTDI & dikebumikan di Bukit Kiara, selepas Zuhur hari ini.


Semoga roh kak pah di cucuri rahmat,diampunkan segala dosa dosa kak pah dan kita,di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh hendaknya...dan kuburnya terdiri dari taman taman syurga hendaknya....ALLAHUMA AMIN...

begitu la rencana dalam kehidupan,setiap yang hidup...pasti merasai mati...dari ALLAH kita datang kepadaNYA kita kembali....


Islam membolehkan umatnya makan babi jika.................................................

Assalammualaikum...beberapa bulan yang lalu kita dikejutkan dengan cokelat cadbury yang mana mengandungi DNA babi..pelbagai perbalahan yang terjadi antara umat Islam dan Non Islam ketika ini...saya terpanggil untuk menerangkan lebih lanjut mengapa dan kenapa umat Islam diharamkan memakan babi...ye...Islam itu mudah malah memudahkan umatnya..siapa kata kita tidak boleh memakan babi???kita dibolehkan memakan babi tersebut TETAPI bila mana keadaan darurat yang mana tiada bekalan makanan dan tidak ada langsung makanan,...Amik pendekatan yang mudah  contohnya,kat dalam hutan tersesat berhari hari,bekalan makanan da habis,da tak larat nak berjalan...energi tenaga da lemah,perlu mencari makan untuk meneruskan hidup..tak de haiwan yang halal lalu depan mata,pulak babi sahaja yang lalu lalang je depan mata,maka dibolehkan memakannya dengan kadar untuk kebelangsungan hidup,untuk meneruskan hidup...tapi tak boleh la siap tapau masak lemak cili padi pulak...tuh da jatuh hukum haram memakannya...''dengan kadar untuk kebelangsungan hidup sahaja yang ALLAH benarkan''

ALLAH TA'ALA berfirman dalam ayat ayat cinta ALLAH :



He has only forbidden to you dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah . But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit], there is no sin upon him. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(surah Al-Baqoroh ayat 2:173)

KENAPA DAN MENGAPA YE ALLAH MENGHARAMKAN UMAT ISLAM MEMAKAN BABI....???SUDAH TENTU ADA PENYEBABNYA....

Ini lah antara penyebabnya iaitu:

Penyakit parasit
Di antaranya adalah berkembangnya cacing lingkaran (termasuk cacing yang paling berbahaya bagi manusia). Semua daging babi pasti mengandung cacing ini. Biasanya cacing ini berkumpul dalam otot-otot. Maka orang yang memakan daging babi boleh menderita sakit yang luar biasa dan boleh menyerang diafragma sehingga menyebabkan nafas terhenti dan kemudian mati.

Cacing pita

Cacing pita memilki panjang hingga 10 kaki. Cacing ini boleh menyebabkan perut kejang dan darah rendah. Juga boleh menyebabkan adanya cacing di otak orang yang memakannya dan begitu juga boleh terdapat di dalam daging, hati, paru-paru, organ daging dan lain-lain.

Cacing scars 

Cacing jenis ini boleh menyebabkan disfungsi pada paru-paru dan penyakit komplikasi pada pencernaan.

Cacing Engcalostoma , Balharesia , Dosentaria

Cacing-cacing jenis ini boleh menyebabkan leukimia, pendarahan dan penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian.

Cacing jenis lain yang ada di dalam babi yang jumlahnya lebih dari 30 jenis dan berbeza tahap bahayanya.


Tahukah kita,cacing cacing tersebut boleh di lihat di microskop dan jika sesiapa yang memakan daging babi tersebut,bila di masak sekali pon atau di basuh sekali pon...cacing cacing yang terdapat pada daging tersebut tak akan mati KECUALI dibasuh dengan air tanah sekali dan di ikoti air mutlak 6 kali...Islam itu mudah malah memudahkan umatnya....  
Sebab ini lah ALLAH melarang kita memakan babi..bukan suka suka mahu meletakkan hukum...ALLAH mensyariatkan hukumnya,mesti ada sebab dan musababnya...banyak makan yang halal dalam dunia nie...hanya sedikit sahaja yang haram untuk dimakan...Oleh itu...tepuk dada tanya iman..


ALHAMDULLILLAH...Ahlan wa sahlan ya flexia atau raisha rania

ALHAMDULLILLAH..hidayah ALLAH tidak mengenal sapa...syukur kehadrat ALLAH yang memberikan taufiq dan hidayahnya kepada saudara baru kita ini,Flexia a.k.a Raisha rania....namanya juga membawa erti yang baik.Raisha dalam maksud nama tersebut iaitu ''pemimpin raja' dan Rania pula membawa maksud ''mempersona'',jika digabungkan kedua namanya ''pemimpin raja yang mempersona''. wow...cantik nama Islamnya,secantik orangnya juga...ALLAHU'AKHBAR....Seperti yang kita ketahui bahawa,Flexia telah pun selamat memeluk Islam pada hari lahirnya iaitu hari khamis ( 3 Julai 2014 ) .Ucapan syahadah itu di ucapkan di sebuah masjid TTDI dan pada pukul 6:30 petang, Flexia telah mengucap dua kalimah syahadah bersaksikan keluarga terdekat dan rakan rakan karibnya...  Bagi berlaku adil kepada media,tiada media yang membuat liputan pada hari bersejarah Flexia memeluk Islam...



Raisha Rania,bertahanlah,bertabahlah dengan pelbagai dugaan yang bakal mendatang...bukan mudah untuk menuju syurga ALLAH..pelbagai halangan,ujian dan dugaan yang bakal di hadapi...kuatkan iman,kuatkan fizikal dan mental untuk menghadapinya...sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang orang yang sabar...
jangan risau,gelisah saat di uji ,letakkan pengantungan harap sepenuhnya kepada ALLAH,ALLAH akan mempermudahkan segalanya...


semoga bakal imamnya ini membimbing Raisha Rania untuk menghayati Islam,membentuk sahsiah,jati diri dan mendidiknya menjadi wanita solehah yang mampu menggoncang dunia....semoga ALLAH permudahkan segala urusan kalian...

''semoga imanmu setenang dan sekukuh kasih sayangmu pada ALLAH semakin untuh dan kuat hendaknya....''

fydasayangkamoo 




Tuesday 1 July 2014

kerinduan ramadhan terubat di malam hari

Diam tak diam dah 3 hari umat Islam berpuasa...pelbagai amalan yang digalakkan kita menunaikannya seperti solat sunat terawih,bersedekah dan qiammulai...banyak sungguh fadilatnya...sama samalah kita merebut peluangnya...mungkin tahun nie tahun terakhir kita menyambut ramadhan...mungkin ada yang tidak sempat menyambut hari kemenangan di 1 syawal....sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia..boleh jadi tengah sedap sedap menaip,ajal pun tiba...ALLAH...sesungguhnya mengingati mati itu sunat...

kerinduan ramadhan terubat dengan perbanyakkan solat sunat,bangun malam..bertasbih bertahmid memuji muji ALLAH yang Esa...menghambakan diri kepadaNYA,menyerah diri dengan melakukan ibadah...buat lah baik walaupun hanya sebesar zahrah sekali pon.kerana boleh jadi kebaikan yang sebesar zahrah itu membawa kita kesyurga....

syukur kepada ALLAH,kita masih lagi dapat menikmati juadah yang sedap sedap...sedangkan di luar sana masih ramai yang kelaparan...hulurkan tangan,ringankan beban...perbanyakan sedekah...dengan bersedekah tak akan membuatkan orang itu muflis jatuh miskin...malahan ALLAH akan menambah nikmat dan rahmatnya bagi orang orang yang bersyukur...

Di kesempatan bulan yang mulia ini,mohon la agar di ampunkan segala dosa dosa kita,meminta pada ALLAH apa yang kita perlukan dalam hidup...INS SHA ALLAH...akan termakbul...pebanyakan juga buat qiammulai agar hidup sepertiga malam itu mewarnai hidup kita...

Bertadaburlah  membaca Al-Quran agar di lapangkan kubur kita kelak..agar ianya menjadi penyelamat kita di alam barzakh..sewaktu malaikat mungkar nangkir datang menghisab segala amalan kita...semoga ALLAH melimpah rahmat dan inayah kepada kita,mengampunkan segala dosa kita hendaknya...Ins sha ALLAH...

fydasayangkamooo




WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...