Denaihati

Harimau Malaya

Wednesday 30 April 2014

ReJaB






“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” 


Assalammualaikum..hai kengkawan,sok jamadil akhir 1435 hijrah..nak masuk bulan rejab da pada arie khamis 1 mei 2014 (1 rejab 1435 hijrah)......bulan rejab nie adalah bulan ALLAH..sesamala kta rebut pahala d bulan tersebut...banyak kelebihan n keistimewaan yg terdpt pd bulan nie...jom kta rebut pahala berganda ganda..jgn lepaskn peluang yg dtg ye......pas bulan ALLAH, akan dtg bulan syaban..bulan syaban nie..bulan Rassullullah taw then bulan ramadhan ulak bulan kta..ALLAH,sygnya ALLAH pd kta...hurmm...banyak fadilah bla berpuasa di bulan rejab nie..sesama la kta hayati...Bulan rejab nie bulan ketujuh dalam kelender ISLAM dan mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yg dijanjikan ALLAH seperti yg terkandung dlm AL-QURAN...rejab mempunyai empat mkna kengkawan....iaitu takzim (kebesaran,keagungan dan kemuliaan),rahmah (bualan yg penuh dgn rahmat ALLAH), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan). Nabi Muhammad saw dlm satu hadis menyatakan bahawa rejab itu bulan ALLAH...Sabda baginda yg bermaksud: ''sesungguhnya rejab adalah bulan ALLAH,syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku..

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: “Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah”
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah.  Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.  Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”. [Riwayat At-tabrani].
Kedua: Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga:  Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya:  “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
Keempat:  Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.
Istimewanya  bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada Rasulullah s. a. w. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah. Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia. Ketika bertemu Allah, Rasulullah saw juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yang mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu. Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) ada satu  malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah  Maha Mendengar dan Maha Melihat”. (Surah al-Isra’, ayat 1)
Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad s. a. w. telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.
Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra’ Mikraj Nabi s. a. w, dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra’ dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah s. w. t. bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisra’ dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra’ Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah s. w. t. berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril a. s.
Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra’, menjelaskan tentang peristiwa Isra’ memulakan dengan kalimah Subhana “Maha Suci Allah.” ErtinyaAllah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra’ Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah s. w. t. Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.
Kalaulah peristiwa Isra’ Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.
Dalam peristiwa ini, baginda Rasulullah s. a. w.  dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Firman Allah:
ُن مَّثَلُ الَّذِينَ يفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan allah Maha luas kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”.
Baginda juga melalui suatu tempat yang berbau harum. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”
Rasulullah juga diperlihatkan, sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.
Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami”.
Mudah-mudahan perkara yang diperlihatkan oleh Allah kepada Baginda Muhammad s.a.w. dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk mendapat rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat




Thursday 24 April 2014

rindu

rindu itu adalah anugerah dari ALLAH...fitrah manusia rindu merindui itu normal..tapi bagaimanakah kta merasai rasa rindu itu secara halal???hanya doa n keyakinan sahaja yang ade dalam diri kta untuk merealisasikan perasaan rindu yg xbertepi....jgn berputus asa dengan rasa rindu yang semakin membara dijiwa...suami merindui isteri,isteri merindui suami..anak merindui bapa,bapa merindui anak,ibu merindui anak,anak merindui ibu...argghhhh..segalanya penuh dengan kerinduan..ALLAH...baiknya ALLAH yg menghadiahkan n menghadirkan rasa rindu itu sonok sangat n sangat sangat suwet bla rasa rindu itu pd yg halal dan hak...indahnya...smga ALLAH pertemu jodoh yang baik wat aku...

































aku&nasi lemak ayam

Assalammualaikum n pagiiii kengkawan..hurmmm...semalam arie yg paling bermakna dalam idop aku...aku lulus ujian donia..ALHAMDULLILLAH...ALLAH..bagaimanakah nanti ujian di alam barzakh??padang masyar nanti??mudah mudahan segalanya dipermudahkn ndaknya...berdebar gak hadapi ujian donia semalam...lalu aku tenangkan atie aku dengan insyirah..satu perasaan tenang menyerap dalam sanubariku n ALLAH membuka jalan memprmdahkn sgala urusanku...aku bersyukur sesangat..time kasih TUHANku...aku arie nie sapan nasi lemak ayam...dapnyaaa...emang ciken ngan aku xdpt d pisahkan...my bonda selalu kap,biar banyak makan ikan lagi ayam...ikan banyak protein n otak cepat pick up..kalo makan ayam banyak,ayam tuh ayam enjet...banyak pnyakit nanti...kalo ayam kampung xpe la..kekadang terpk gak aku..tol kap bonda tuh...banyak kebaikan dalam ikan tuh...kalo mam berat berat ppagi nie,otak beku katanya..bab ngantok..better mam kurma bbyk..bawu otak n akal brjln seiringan...

Wednesday 23 April 2014

novel monolog cinta membuai mesra....

aku berdiri di tepi jendela,melihat hujan yang renyai renyai membasahi bumi ALLAH...SUBAHAN'ALLAH...damai sangatku rasakan...terasa sejuknya menusuk nusuk di tulang hitamku...arghhhhh...bagaikan  aku tinggal di New Zealand...rintih atieku dalam diam...otak ligat mengimbas kembali kenangan itu...ketika baru pertama kali bersua secara tak sengaja...dibilik kuliah itu permulaan cinta berputik, menyapaku lembut...tutur katanya penuh sopan dan beradab..hurmm...masih terkiang kiang telingaku bait katanya padaku,

        ''Adriana Zatya,nak nikah dengan saya x?istiqharoh dulu,da temui petunjuk...bagi taw saya''katanya padaku...

Seketika aku tergamam,agak terkejut..xsemena mena hampir terlepas kitab di tanganku...mukaku merona kemerahan...arghhhh..malunya aku pada waktu itu..hanya TUHAN sahaja yg tahu...sepertiga malam itu,aku mohon petunjuk ALLAH berdebar debarku rasakan usai solat istiqharoh...aku cuba tenangkan atie..namun makin resah gelisah jiwaku...dia la lelaki pertama berkata sedemikian pdku..ALLAH...jauhkn aku dari maksiat atie ini..aku takot seksaan nerakamu...aku tidur setelah istiqharoh pada hari pertama aku bermimpi,dia memakai serba putih,serban putih dtg senyum pdku...aku terjaga...ALLAH,pukul 4:30 pg???nafas aku turun naik..debaran makin kuat...sok malamnya aku istiqharoh lagi,aku bermimpi lagi...dia duduk d tepian pantai ..pakaiannya sama mcm mimpi semalam..hari ketiga aku istiqharoh lagi,dlm mimpi tersebut dia dtg pdku dengan tersenyum dan berpakaian serba putih...petunjuk ALLAH...teringat kata sowang ustaz jka kta istiqharoh dalam mimpi tuh petunjuknya warna putih,dia adalah yg terbaik utk kta...jka berwarna gelap,itam..elakkan...
 
     Ke esokannya,ALLAH mempertemukan kami lagi...dia tanyakan kepadaku.

''Adriana Zatya,bagaimana petunjuk ALLAH???
Dengan malu malu aku  tersenyum,ALHAMDULLILLAH....jemputla dtg kerumah...

Pada arie yg telah ditetapkan,raya haji yang lalu..rombongannya datang merisik aku dan kami telah bertunang...ALLAH..aku kini tunangan orang???  Sungguh!!!Aku xmnyangka...xmengenalinya,xtaw sapakah die,namun die yg paham agama membuka atie aku untuknya...sudah tertulis di loh mahfuz...nikah kami bercinta...ALLAH...betol kata bonda.rezeki ade d mana mana cuma akan datang tepat masanya...terkadang kta kna ukak mata n atie seluas luasnya,trkadang tanpa disangka,rezeki tuh dtg di depan mata,dikanan n kiri,di depan n d belakang kta..tanpa disangka,tanpa di duga..ALHAMDULLILLAH...kerana takdir ALLAH,aku dipertemukan dengan die,kerana takdirnya aku jatuh cinta...ALLAH..indahnya nikah kta bercinta itu impianku...mencari barakoh diawal perhubungan...aku xkenal siapa bakal suamiku sebelum ini,aku xtaw siapa die...kini ALLAH memberi anugerah terhebat n terindah..aku bersyukur xterhingga...

im not perfect girl

yup...im not perfect girl but im simple person...hurmmm..no matter what they think,no matter what they judge...no matter what they say...no matter what they do..hey guys,just believe...only ALLAH know everthing and they know nothing...thinking about that...think about yr self..think about religions..oo..ALLAH,plz forgive me...

Tuesday 22 April 2014

Bersedekahlah wahai sahabat sahabatku...

Manusia memang berdosa...jangan takot untuk bertaubat...tahukah kta,ALLAH xsyg pd kta kerana kta nie hambaNYA???kta yg perlu mencari kasih sayang ALLAH sebenarnya...Tp ALLAH sgt syg pd amalan kta..walaupun ianya sebesar zarah sekali pon...ALLAH syg...kta kna bersihkan atie kta dengan perbanyakkan bersedekah...banyak keajaiban bersedekah sebenarnya kengkawan...dengan bersedekah,terhindar dari bala n mala petaka...dengan bersedekah rezeki makin bertambah..dengan bersedekah gak tak kan menjadikan kta papa kedana..ALLAH...tawkah kta,bla kta berhajat sesuatu n kta bersedekah dtabung masjid dengan di iringi doa,sedekah itu akn dtg tewus menemui ALLAH TA'ALA lalu hajat,doa n permintaan kta akan ditunaikan dengan sepantas kilat...ALLAHU ROBBI...kekuatan sedekah itu boleh menghalang kta dari bakaran api neraka...xpercya???cer try dgn bersedekah...kengkawan akan dpti byk prubahan dlm idop kengkawan...

kehidupan kita dimuka bumi ini

kekadang ade suka,ade duka,ade seronok ade membosankan...itu lah resepi n rencah dalam kehidupan....aku akui..bla kta buat baik..INS ShA LLAH..sglanya akan d balas dengan kebaikan...biokan owang nk ngata apa..yang penting aku taw...sapa aku..aku jga diri aku sebaik mungkin...aku ingat .pesan my bonda masih aku simpan dalam atie nie....jga solat,jga maruah n jga diri baik-baik...INS SHA ALLAH...ALLAH akn memelihara n menjagamu''... kata-kata itulah yang aku pegang sampai sekarang.... aku xleh nk puaskn atie suma owang then aku belajo dari pengalaman hidup... manusia nie xkan puas pd manusia lain melainkn owang yang paham dengan konsep rezeki....ALHAMDULLILLAH...rezeki aku luas...aku teramat bersyukur dgn sgla kurniaan ALLAH pd aku skang...MAHA KAYA ALLAH TA'ALA...yg mencurah rezekiNYA utk aku....pelik kekadang ngan manusia nie..bergosip hingga menimbulkan fitnah...malas aku nk layan...pekakkan telinga je...janji aku taw apa yg aku buat...selagi xmelanggar syarak,nilai adat n agama...aku still cool....hurmm... skang aku p memana pon aku jadi pemalas taw...taw xmalas apa???aku skang nie pmalas giler nk brsolek solek nie...selalu gak owang d keliling nyibuk soh aku make up make up nie...aku ttp malas...muahahah...aku ska jadi diri sendiri...lantak pi la owang nk kap pe...lebih neutral lagi bek...lagi suwet taw...kalo solek brlebihan pekat pekat da mcm apa lak kan..kalo aku,aku lbh ska make up tp xmcm kai make up...aku ska kai lip bam je...yela,bagi aku nie bla mningkat usia...masa itu emas..aku xleh la nk bazirkn masa ngan solek lelama..muka ttp mcm tuh gakkan...xbubah apa pon...nk sesolek depan laki lg baik..lelawa kan dri...dapat kredit pahala taw..muahahha..untungnya bg owang yg da brnikah nie...

Rindu dibalik awan

Assalammualaikum n mornink keng kawan..diharap u all chat chat n ceria ndaknya...hurmm..ALHAMDULLILLAH..bersyukur kta kehadrat ILLAHI dengan limpahan iman,kurniaan n kesihatan serta nikmat rezekiNya dan dipanjangkan nyawa untuk arie ini...ALLAHU AKHBAR...Bersyukur xterkata kengkawan...mudah mudahan kta dimatikan dalam keadaan beriman n beramal soleh ndaknya...hurmmm...rindu menyapa lagi pada ramadhan karim..tinggal beberapa hari je lagi sekang nie nk pose da...bagi yg belom ganti pose tuh,jom kta start ganti skang..xyah tangguh tangguh agi da..waktu da semakin singkat...makin bertambah usia makin dekatla kta dgn kematiaan...makin dkat la kta menuju alam barzakh,makin dekatla kta dgn akhirat...ALLAH...apakah ckup bekalan yg kta ada nie utk d bawa kesana???dosa kta umpama buih di lautan...terlalu banyak...kta hamba yg berdosa...so,jgn malu utk tewus tewusan brtaubat...ALLAH kan MAHA pngampun...sebesar mna dosa kta kecuali syirik akan d ampunkan ALLAH...jgn gusar,jgn gundah...semakin kta dekat dgn ALLAH...semakin ALLAH dlm atie kta...ALLAH diutamakan amalan dipertingkatkan...biar pon seluruh manusia membenci,tapi kalo ALLAH redha...itu xkan menjadi kudis dlm dri kta...biarla owang nk kap apa pon..yg penting ALLAH taw niat kta...itu lbh penting dari segala galanya...

Friday 18 April 2014

JuMaAt PeNghUlU SeGaLa aRiE...

Assalammualaikum n selamat pagi kengkawan...arie yang bahagia di arie jumaat nie...penghulu segala arie..arie jumaat nie Nabi Adam dijadikan,arie jumaat gak akan berlakunya arie kiamat...sungguh banyak keistimewaan arie jumaat ini...sesama la kta mencuri akan keistimewaan arie jumaat ini...perbanyakan berselawat kepada Rasullullah agar kta mndapat syafaat di akhirat kelak...kat alam barzakh kta sesowang yang menghadapi perbicaraan antara malaikat mungkar n nangkir nanti...kalo baik amalannya,maka syurga la tempat tinggal kta disana...ustaz ade gtaw dlu,nak masuk syurga nie byk arah n jalannya...kekadang hanya bg makan kat kucing atau binatang lain pon kalo ALLAH redha emang mudah nk suk syurga...cer kta tgk alek sejarah lalu..sowang pelacur dpt suk syurga hanya kerana die bg minum kat anjing jer..ALLAHU AKHBAR...hurmmm...masih aku teringat kata kata sowang ustazah,kalo nk tgk owang tuh penyabo,tenang n baik serta penuh dengan sifat mahmudah..tgk cara die solat...kalo solatnya kusyuk n d time ALLAH..dia mnjdi sowang yg alim kerana bukankah solat itu mencegah kemungkaran...ALLAHU ROBBI...kta kna audit diri kta sndiri..kta kna byk muhasabah diri kta...owang yang beramal,INS SHA ALLAH...ALLAH akan jaga die,amalannya jgak..arie jumaat yg mulia ini,basahkan lidah dengan zikirullah...Rajin rajin la berdoa dengan doa ini di arie jumaat dan mohonlah kepada ALLAH untuk menunaikan hajat kta,mudah mudahan kejayaan di dunia akhirat... DOA HARI JUMAAT Drp Muhammad bin Al-Munkadir katanya, aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Aku pernah memperlihatkan doa ini : "La ilaha illa anta, Ya Hannan Ya Mannan, Ya Badi'ussamawaati wal Ardh, Ya DzaL Jallaliwa Ikraam" (Tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar melainkan Engkau wahai Dzat Yang Maha Penyayang, wahai Dzat Yang Maha Pengurnia, wahai Dzat Yang Maha Pencipta petala langit dan bumi , wahai dzat Yang Maha MemiLiki Kebesaran dan KemuLiaan...) Kpd Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah besabda: Sekiranya doa ini digunakan untuk memperoLehi sesuatu yang ada di antara Timur dan Barat dalam satu saat dari Hari Jumaat nescaya dimakbuLkan oleh ALLAH untuk org yg berdoa itu... Inilah doa Agung di Hari Jumaat... Selepas itu mohonlah hajat yang baik2 terutama hajat yg berkaitan ukhrawi... Insya'Allah dengan izin-Nya, akan di permudahkan segala urusan kita. semoga kta dapat mengamalkannya...INS SHA ALLAH...

dunia ini bukan untuk bersenang senang

ye...dunia ini bukan untuk bersenang senang...biar payah di dunia,tapi bersuka ria di akhirat itu yg menjadi impian para mujahidin n mujahidah...benar,ISLAM diakhir jaman akan dianggap asing..lihatlah dunia pada arie ini...kebenaran akan dipandang keji,tapi kejahatan dipandang mulia...aku prcaya,satu ketika nanti akan adenya MUHAMMAD AL-FATIH,akan adenya gak SALAHUDDIN AL-AYUBI akan menentang kebatilan...ISLAM akan ditegakkan...sedih kta melihat saudara seISLAM kta di negara negara ISLAM dibunuh beramai ramai,disembelih,YA ALLAH...sangat kejam...sungguh pun gitu,syahid tempat mereka..ALLAHU ROBBI...kkuatan cinta mereka pd ALLAH sgt untuh walaupun dibunuh,diseksa,ditikam sekali pun..keimanan mereka sgt kental...bukankah iman lebih mulia dari ka'abah???ka'abah akan runtuh..tapi iman dalam atie itulah penentu syurga neraka...kalo mahu akhirat,berkeja kuat kuat mencari keredhaan ALLAH di dunia..dunia ini bukan untuk di tangisi,dunia ini gak bukan untuk dipersia siakan...rebut n cari lah peluang untuk bersenang lenang di akhirat kelak...jalinkan silaturahim,eratkan perpaduan ummah agar bersama menuju kejayaan dunia mahupun akhirat...perbanyakkan sedekah jariah..biar sedekah itu berpanjangan,membantu kta disana,curahkan ilmu yang dipelajari kepada mereka yg xtaw..jka ilmu yg diajarkan itu diamalkan,maka akan berterusan saham diakhirat kelak...ajarilah n didik la anak anak agar menjadi insan yg berkualiti dan soleh mahupun solehah supaya ia akan berterusan mendoakan kta...ALLAH...banyak banyak bersabo bila iman diuji..ALLAHkan ade..''mukmin yang kuat adalah mukmin yang kental n sabo menghadapi ujian n dugaan idup''...ALLAH akan datangkan pertolongan yang tanpa disangka sangka jka kta ikhlas menegakan agama ALLAH...hurmmm...jgn pertikaikan hukum hudud,kalo xsuka baik diam bab hudud itu syariat dari ALLAH...hukum hakam yang ALLAH kalamkan n tetapkan dlm AL-QURAN...lihat la..jka hudud ditegakan,akan berkurangnya jenayah...contohnya mcm potong tangan..kali pertama mencuri dinasihatkan,kali kedua mencuri diberi amaran,kali ketiga mencuri bawu la potong tangan..ALLAH..indahnya ISLAM...hukuman yg berlandaskan ISLAM,mengikut step by step..bukan tewus potong tangan...ISLAM itu agama yang sangat indah n mudah...mcm tuh gak kalo darurat,kiri kanan depan lakang kalo da xde makanan nampak khinzir,dibolehkan makan hanya kadar keperluan sahaja untuk meneruskan idup...ukannya pai tapau,wat gulai...tuh da jatuh hukum haram namanya...

Thursday 17 April 2014

mencari nilai idup yang lebih sempurna

ALHAMDULLILLAH...aku bersyukur ssangat di atas limpahan rezeki yang ALLAH berikan pada aku kini...di kelilingi owang owang yang kasih n sygkan aku..itu sgt bermakna dlm idup aku nie...setelah aku di uji,kini aku sedang menikmati keindahan nikmat cinta yg ALLAH kurniakan pd aku..aku bersyukur sesangat di atas kurniaan yg sgt bernilai ini...aku di kurniakan insan yg tersayang,menjadi sumber inspirasiku...mendorong aku kearah kebaikan,memberi semangat dikala aku di uji..time kasih sayangku...aku sgt menghargai pemberiaan ALLAH Yg Maha Hebat ini...aku sgt bersyukur dikurniakan sowang insan yg sgt memahami jiwa aku yg adakalanya memberontak kononnya mahukan kebebasan idup...tapi lembut tutur katanya membuat jiwa aku yang kasar ini menjadi lembut bak sutera...kata katanya n nasihatnya sangat bermakna...katanya aku perlu menjadi solehah..agar generasi yang bakal aku lahirkan nanti berkualiti...aku terpk sejenak..aku da terlalu selesa dengan kehidupan skang nie...aku mahu merantau mencari redha ALLAH..itu yg terpenting dlm idup aku..walau aku di benci seluruh manusia,jika ALLAH meredhai itu...itu xkan menjadi kudis pd aku...jalan yg aku tempuhi nampak seolah aku keseorangan,namun kekuatan yg ade dlm diri seumpama berbondong bondong ALLAH akan menolongku...membuatkan jiwa keorangan terasa ramai..bukankah nanti di alam barzakh kta akan keseorangan menghadapi perbicaraan antara mungkar n nangkir???apakah amalan yang kta ade untuk kta bawa kesana???da bersediakah kta menghadapi sakaratul maut??ALLAH...dosa kta terlalu banyak...bak buih di lautan...namun slagi pintu taubat masih terbuka,kta perlu langkah taubat nasuha...ALLAH..banyak yang perlu aku persiapkan untuk membina ummah yang jitu menegakkan syariat islamiyah...aku yakin,satu ketika nanti ISLAM akan tertegak seperti jaman Rasullullah...smga ALLAH menangkan kaum muslimin dan hancurkan musyrikin...
Assalammualaikum..hai kengkawan..nie aku nk request kt kowang yang mana nk bercoti area kl xde tmpat nk tidor,aku nk suggestkan ade satu tempat nie,kira cam hostel living gak la kan..not bad la tempatnya...dekat ngan giant batu caves gak,dekat gak ngan kl..kira ttengah gak la kannn..hurmmm...ade 2 katil single,air cond pon ade...kalo bagi yang nk solat berjemaah,dekat je ngan msjid Saidina Hamzah...harga berpatutan...if ade sesape nk sewa...meh gi taw aku... selain tuh gak,kat sini ade gak kursus yang boleh kowang join cam kursus pembangunan kemahiran industri perabot..if kowang berminat,leh derect hubungi aku...Miss Fyda 0196148705..muahahahah...

sahabat fi sabillillah

aku berikrar setiap kali ade salam perkenalan dihulurkan...bagi aku bersilaturahim kerana ALLAH TA'ALA agar ianya berpanjangan hingga ke syurga ALLAH...Aku nie jenis xsuker putuskan tali persahabatan yang dibina...hurmmm if aku yang bersalah,aku tanpa segan silu akan memohon maaf terdahulu n walaupun salahnya daripada pihak sana sekali pon aku akan mohon maaf kerana bagi aku ganjaran memaafkan itu lebih besar pada pandangan ALLAH...Aku bukan yang terbaik..tapi tak salah kalo aku yang berjabat n menghulurkan tangan terlebih dahulu..bukankah itu lebih baik???itu mengekalkan keharmonian alam persahabatan...hurmm...cer kta amik iktibar dri persahabatan Rasullullah n para sahabatnya...silaturahimnya sampai ke syurga ALLAH...hebatkan...aku pon nk mcm tuh kalo boleh..tapi pada jaman nie amat sukar mencari sahabat yang benar benar ikhlas kawan dengan ktakan...sukar ssesangat..banyak yang suker tikam dari belakang,gunting dalam lipatan,apatah lagi api dalam serkam...sahabat yg baik dia tak akan bawa kengkawannya menempah neraka ALLAH malahan dia akan berusaha sedaya upaya untuk menarik sahabatnya itu ke syurga ALLAH...Cubit peha kanan,terasa sakitnya peha kira..begitu indahnya tali persahabatan kerana ALLAH...kekadang sukar dipercayai kalo owang yang kta da anggap mcm adeq badeq nie dalam diam kenakan ktakan...hurmm..nama pon manusiakan..terkadang keaiban di canang merata,kebaikan di soroknya pula..alangkah sedihnya rasa hati,walaupun hidup di tengah ramai..salah yag kecil dibesarkan apatah salah besar lagi lah diperbesarkan..malah di dengkinya pula...smga aku tidak memiliki sifat begitu henndaknya...aku sayang sangat ukhwah fillah itu...aku sayang kengkwn aku...aku nk sesama berlari merintis syurga ALLAH...


sahabat yang baik, apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati الله.
Mendengarkan kata-katanya..
menambahkan ilmu.
Terlihat gerak gerinya..
meninggikan takut kepada الله.
Berkawan dengannya..
berjuang ke jalan الله..




mesti nak wajah berserikan..tuh la petuanya...suwet ssgt taw...muahahahah...

Tuesday 15 April 2014

Alhamdullillah

hurmmm..arie nie aku rasa tenang walaupun jiwa aku menangis...teringat pesanan arwah nenekku..ALLAH kan ade,wat pe nak rasa cam diri tuh sorang sorang...emang adat manusia,ade suka ade xsuka..normal la tuh...mana ade manusia yang sempurna melainkan ALLAH TA'ALA...terkadang aku terpk..xpenat kew mereka nie asik melihat kelemahan n kekurangan owang lain???sedangkan diri tuh xperfect manapun..banyak kekurangan n kelemahan yang perlu diperbaiki..banyak perlu muhasabah diri...hurmmm...entah la..pelbagai ragam mereka mereka ini...kkadang aku berasa sedih sgt,kerana mereka menghabiskan waktu untuk menjadi wartawan yang xbertauliah then mencari kelemahan n kesilapan owang lain...tapi adenya mereka itu,aku tersenyum kerana mereka memberi kredit pahala kt aku..ALHAMDULLILLAH...kena banyak sabo n tabah...aku sekang nak tumpukan perhatian pada kerjaya aku...cinta???jodohku dengannya bakal menyusul pada suatu arie nanti...

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...