Denaihati

Harimau Malaya

Friday 11 July 2014

Didik lah hati supaya bertaqwa dan sentiasa mencari keredhaan TUHANmu

Hati nie pelbagai penyakit...terkadang sesuatu pekara menyebabkan hati mati...titik hitam mula terpalit hanya kerana dosa melingari isi hati...jagalah hati,didik lah hati agar sentiasa mencari keredhaan ALLAH,istiqomah dalam perjuangan dalam mengawal nafsu yang membara bara...jangan biarkan hati  mati...

Hidayah serta taufiq ALLAH itu perlu dicari dan diminta..bukan menunggu seru...bukan menunggu kunjungan tiba..begitu lah umpamanya...mana mungkin makanan yang terhidang dimeja dapat disuap ke mulut andai tiada tangan yang menyuapnya....mana mungkin baju dapat di pakai,andai tiada usaha memakainya...

Didik lah hati agar sentiasa mengingati ALLAH dalam senang dan susah,dalam apa jua keadaan agar hidup ini lebih terarah...bertaqwalah,buatlah apa yang ALLAH suruh dan tinggalkan apa yang ALLAH larang....cuba berubah sedikit demi sedikit..INS SHA ALLAH..lama kelamaan hati akan tertarik dan jatuh cinta padaNya... kata kata seorang ulama sufi ''taqwa itu ibarat kita berjalan di jalan yang dipenuhi duri&kaca,pasti kita akan berhati hati bila melaluinya...jika tidak berhati hati,nescaya kaca dan duri itu tersusuk pada kaki...

Bila bercakap,keluarkan perkataan yang elok lok,berhati hati dalam percakapan...kerana dengan percakapan yang tidak berhati hati boleh membunuh nilai persaudaraan,boleh menyebab pertelingkahan yang berpanjangan...hurmmmm....nak buat sesuatu tuh perlu berfikir dahulu..baru buat..jangan main redah je tak pakai helmet...

''barang siapa yang tidak meninggalkan percakapan yang tidak elok dan buruk,maka ALLAH tidak akan menerima puasa kamu ,kamu hanya mendapat lapar&dahaga sahaja...alangkah ruginya kita jika ALLAH tidak menerima puasa kita hanya kerana lancang dalam berkata kata,tidak menjaga adab dalam berbicara...adalah lebih baik diam dari berkata kata yang sia sia...orang yang bijak dia lebih suka diam dan suka memerhati...bercakap bila perlu...berbicara atas kebijaksanaannya...

Berusaha lah mencari keampunan ALLAH,kita sebagai hambaNYA perlu berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH...jaga lah aqidah elok elok,jaga lah pertuturan elok elok...huznizon yang baik baik terhadap orang..jangan tengok dia lbih sikit dari kita,kita fitnah dia,kata kata dia....terkadang benda tak seberapa,tapi mengadu domba serta fitnah menfitnah nie menjadi rutin hidup dia...
Ingat lah,ALLAH sentiasa memerhati gerak geri kita...jika hari ini kita bercakap,menfitnah,mengata dan mengadu domba...satu ketika nanti ALLAH akan balas...ALLAH maha adil...

                 ''ALLAH di agungkan,di sembah&di taati...sunnah Rasullullah dihayati bersama''
                 ''ALLAH disyukuri,jangan dikufuri''
                 


No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...