Denaihati

Harimau Malaya

Saturday 5 July 2014

Tahziah kepada biduanita negara,Datuk Shahrifah Aini

Tahziah dan Al-Fatihah buat biduanita,Datuk Sharifah Aini yang telah pulang ke rahmatulah pukul1.26 pagi tadi 5 Julai 2014  di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Satu kehilangan besar dalam industri yang pasti akan dirasai. Beliau juga baru menyambut ulangtahun kelahirannya pada 2 Julai yang lalu telah dimasukkan ke wad ICU akibat fibrosis paru paru atau paru paru berparut pada selasa lalu...Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin lalu iaitu pada 30 Julai 2014....
Jenazah Allahyarham Sharifah Aini akan disolatkan di Masjid Al Taqwa TTDI & dikebumikan di Bukit Kiara, selepas Zuhur hari ini.


Semoga roh kak pah di cucuri rahmat,diampunkan segala dosa dosa kak pah dan kita,di tempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh hendaknya...dan kuburnya terdiri dari taman taman syurga hendaknya....ALLAHUMA AMIN...

begitu la rencana dalam kehidupan,setiap yang hidup...pasti merasai mati...dari ALLAH kita datang kepadaNYA kita kembali....


No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...