Denaihati

Harimau Malaya

Saturday 5 July 2014

Islam membolehkan umatnya makan babi jika.................................................

Assalammualaikum...beberapa bulan yang lalu kita dikejutkan dengan cokelat cadbury yang mana mengandungi DNA babi..pelbagai perbalahan yang terjadi antara umat Islam dan Non Islam ketika ini...saya terpanggil untuk menerangkan lebih lanjut mengapa dan kenapa umat Islam diharamkan memakan babi...ye...Islam itu mudah malah memudahkan umatnya..siapa kata kita tidak boleh memakan babi???kita dibolehkan memakan babi tersebut TETAPI bila mana keadaan darurat yang mana tiada bekalan makanan dan tidak ada langsung makanan,...Amik pendekatan yang mudah  contohnya,kat dalam hutan tersesat berhari hari,bekalan makanan da habis,da tak larat nak berjalan...energi tenaga da lemah,perlu mencari makan untuk meneruskan hidup..tak de haiwan yang halal lalu depan mata,pulak babi sahaja yang lalu lalang je depan mata,maka dibolehkan memakannya dengan kadar untuk kebelangsungan hidup,untuk meneruskan hidup...tapi tak boleh la siap tapau masak lemak cili padi pulak...tuh da jatuh hukum haram memakannya...''dengan kadar untuk kebelangsungan hidup sahaja yang ALLAH benarkan''

ALLAH TA'ALA berfirman dalam ayat ayat cinta ALLAH :



He has only forbidden to you dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah . But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit], there is no sin upon him. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(surah Al-Baqoroh ayat 2:173)

KENAPA DAN MENGAPA YE ALLAH MENGHARAMKAN UMAT ISLAM MEMAKAN BABI....???SUDAH TENTU ADA PENYEBABNYA....

Ini lah antara penyebabnya iaitu:

Penyakit parasit
Di antaranya adalah berkembangnya cacing lingkaran (termasuk cacing yang paling berbahaya bagi manusia). Semua daging babi pasti mengandung cacing ini. Biasanya cacing ini berkumpul dalam otot-otot. Maka orang yang memakan daging babi boleh menderita sakit yang luar biasa dan boleh menyerang diafragma sehingga menyebabkan nafas terhenti dan kemudian mati.

Cacing pita

Cacing pita memilki panjang hingga 10 kaki. Cacing ini boleh menyebabkan perut kejang dan darah rendah. Juga boleh menyebabkan adanya cacing di otak orang yang memakannya dan begitu juga boleh terdapat di dalam daging, hati, paru-paru, organ daging dan lain-lain.

Cacing scars 

Cacing jenis ini boleh menyebabkan disfungsi pada paru-paru dan penyakit komplikasi pada pencernaan.

Cacing Engcalostoma , Balharesia , Dosentaria

Cacing-cacing jenis ini boleh menyebabkan leukimia, pendarahan dan penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian.

Cacing jenis lain yang ada di dalam babi yang jumlahnya lebih dari 30 jenis dan berbeza tahap bahayanya.


Tahukah kita,cacing cacing tersebut boleh di lihat di microskop dan jika sesiapa yang memakan daging babi tersebut,bila di masak sekali pon atau di basuh sekali pon...cacing cacing yang terdapat pada daging tersebut tak akan mati KECUALI dibasuh dengan air tanah sekali dan di ikoti air mutlak 6 kali...Islam itu mudah malah memudahkan umatnya....  
Sebab ini lah ALLAH melarang kita memakan babi..bukan suka suka mahu meletakkan hukum...ALLAH mensyariatkan hukumnya,mesti ada sebab dan musababnya...banyak makan yang halal dalam dunia nie...hanya sedikit sahaja yang haram untuk dimakan...Oleh itu...tepuk dada tanya iman..


No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...