Denaihati

Harimau Malaya

Monday 30 June 2014

INS SHA ALLAH,Flexia yeap mengucap syahadah pada hari lahirnya, 3 Julai 2014

Alhamdullillah..syukur pada ALLAH yang memberikan taufiq dan hidayahnya kepada Flexia Yeap nie...berbangsa cina dan orangnya manis menutup aurat...Flexia  memilih 3 Julai 2014 untuk melafazkan syahadah bersempena hari lahirnya yang ke 28 tahun ...Dia memilih tarikh tersebut supaya sentiasa mengingati kenangan manis saat bergelar mualaf.Dia juga mahu mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mengucap syahadah dan sedang belajar berpuasa seperti umat Islam yang lain...ALLAHU AKHBAR...semoga ALLAH permudahkan segala urusan Flexia untuk memeluk agama Islam nie...Flexia kena bebanyak bersabar dengan pelbagai dugaan atau cabaran yang bakal mendatang...biarkan apa sahaja orang nak kata,yang penting ikhlaskan hati untuk berubah menjadi muslimah yang solehah...sebelum memelok Islam Flexia juga telah mempelajari menutup aurat sedikit demi sedikit hingga menjadi lebih sempurna dan kebiasaannya menutup aurat,Flexia juga rajin membaca buku buku agama bagi menambah pengetahuannya terhadap Islam...menarik bukan???kita yang sedia Islam pon kena rajin rajin gak membaca agar makin bertambah ilmu pengetahuan terhadap agama Islam ini...memang ramai orang beragama,tapi tidak ramai orang paham apa itu agama...so kena la pelajari dan bertanya dengan yang lebih ariff...bila nak berubah kearah kebaikan nie memang memerlukan kekuatan iman,fizikal dan mental..bukan apa...bakal di uji dengan kerenah dan kata kata manusia...sabarlah wahai saudaraku,Flexia..semoga rahmat&kasih sayang ALLAH sentiasa memayungi hidupmu..perbanyakan bersabar ye...






.“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” katanya.


bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam...semakin kita mahu mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH,semakin kuat ujian yang akan ALLAH beri...Bebanyak bersabar ye,ALLAH akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar menghadapi ujian dan rintangan hidup....
Flexia akan menjadi umpama bayi yang baru dilahirkan...yang mana ALLAH tidak pandang pada masa lalunya....bahkan ALLAH memandang segala amalnya setelah dia mengucap...''past is the past''...rasanya tidak usahlah kita membuka aibnya yang telah lalu...dia telah pun mendapat hidayah ALLAH..yang berlalu itu,biarkan berlalu...kita harus pandang dia yang sekarang...boleh jadi bila hidayah&rahmat ALLAH sampai padanya,imannya lebih mantap dari kita yang mana dari kecil sudah Islam ini....Semoga ALLAH mematikan kita dalam Islam hendaknya...ALLAHUMA AMIN...




No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...