Denaihati

Harimau Malaya

Saturday 21 June 2014

Pelbagai rasa di hati,sedih,marah ,geram bercampur baur...


ALLAH...mana perginya sifat penyayang seorang ibu???tiadakah rasa bersalah mengurung anak sendiri yang kurang upaya ini??adakah kerana dia tidak memiliki sifat yang sempurna,dia layak dilayan sebegitu??sungguh kejam ibunya itu....kejam!!!!!tanpa belas ehsan,tanpa perikemanusiaan dibiarkan melarat anak ini arghhhhhhh....hati aku menjadi sedih,hiba,pilu,geram di atas perbuatannya...lihat la keadaannya...tidak terurus,cengkung,kurus...hingga tersimbul tulang belulangnya...tidak dapat zat yang secukupnya....boleh jadi  sudah berbulan bulan dia tidak menjamah makanan...ALLAH...kasihan sungguh nasibmu anak...bersyukurlah..ade anak...walaupun keadaan anaknya tak sempurna..namun...TIDAK boleh dibuat begitu...



Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.
Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan. 
Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak. 

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...