Denaihati

Harimau Malaya

Thursday 26 June 2014

JDT mara menjulang trofi Liga Super

ALHAMDULLILLAH....syok ler  orang orang Johor hari nie cuti,bila mana meraih kemenangan setelah menewaskan Sarawak 1-0 ...First time nie setelah berhempas pulas menewaskan beberapa perlawanan sebelum ini...caya la JDT...
Aku memang peminat setia bola sepak...tapi bila Jdt nie,memang aku sokong lah 100%...walaupun pelbagai kepelikan yang berlaku sebelum ini,tapi mereka tabah walaupun pelbagai rintangan dan cobaan yang mereka hadapi...
Tahniah buat pasukan bola sepak di negeri lain juga ye...adat perlawanan ada menang ada kalah..yang penting jangan kerana bola,putus saudara,putus kawan la ye...kita kan seagama,sebangsa pulak tuh...so tak mahu gaduh gaduh la ye...kawan tetap kawan ye...peace...

Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menjulang trofi Liga Super buat kali pertama selepas menamatkan 22 perlawanan musim ini dengan mengumpul 44 mata, setelah menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri Sarawak.
Sementara itu, Selangor menamatkan saingan di kedudukan kedua apabila mengutip 41 mata, selepas sekadar terikat 2-2 dengan PKNS dalam aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Manakala Pahang kekal berada di kedudukan ketiga dengan 37 mata, walaupun terpaksa menerima kekalahan besar 3-0 di tangan Perak.
Pada aksi yang berlangsung di Kuching, JDT dilihat lebih berhak untuk memenangi perlawanan biarpun berdepan tentangan sengit daripada Sarawak.
Di minit ke-7, tonggak import JDT Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa mempamerkan corak permainan satu dua yang menarik, sebelum penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani menangkap kemas bola di kaki Diaz.
Di minit ke-16 pula, Nazrin Nawi melakukan percubaan baik yang hanya sedikit tersasar, biarpun dia turut berpeluang untuk menghantar bola ke depan gawang Sarawak.
Ryan Griffiths mempunyai idea yang bijak pada minit ke-24 apabila dia melakukan lambungan jauh pada ketika dia melihat penjaga gol JDT, Al-Hafiz Hamzah naik keatas. Bagaimanapun, sepakan tersebut tersasar melewati palang gol.
S. Chanturu berjaya melarikan bola dan melepasi halangan Daudsu Jamaluddin di minit ke-34, sebelum dia melakukan hantaran ke depan gawang gol, namun tiada pemain Sarawak yang berada di kedudukan terbaik untuk melakukan penyudah.
Bebanan jentera serangan JDT untuk mencari gol begitu dirasai apabila barisan pertahanan Sarawak menunjukkan disiplin yang baik untuk menghalang setiap asakan.
Di babak kedua perlawanan, Ashri Chuchu mempunyai peluang berharga untuk melakukan jaringan selepas menerima hantaran ketika dia tidak dikawal di depan gol di minit ke-53, namun sentuhan pertamannya membuatkan bola hilang dari kawalan sebelum mudah dikeluarkan pemain lawan.
Jurulatih JDT, Bojan Hodak membuat pertukaran drastik di bahagian sayapnya dengan memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan mengeluarkan Mahali Jasuli, sementara Nazrin Nawi digantikan dengan Amri Yahyah.
Di minit ke-66, Diaz muncul menghadiahkan gol buat JDT apabila dia tenang menewaskan Sani dengan sentuhan mudah, selepas tandukan sipi Figueroa jatuh ke kakinya.
Di minit ke-76, Mafry Balang berjaya melepaskan diri dari tiga pertahanan lawan dan melakukan rembatan dari luar kotak penalti, bagaimanapun, Al-Hafiz dilihat lebih bersedia untuk menangkap kemas.
Kedudukan 1-0 itu kekal hingga ke wisel penamat.

Dalam pada itu, T-Team dan PKNS terpaksa bermain di Liga Perdana pada musim hadapan apabila berada di kelompok dua terbawah Liga Super 2014. Dan dua slot itu akan diisi oleh juara Liga Perdana 2014, PDRM dan Felda United.

No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...