Denaihati

Harimau Malaya

Thursday 19 June 2014

sabar dan tabahnya seorang suami,ketika ALLAH menguji

Terdiam aku sejenak,atie merasa hiba dan  sebak..YA ALLAH tenangnya suaminya menghadapi dugaan dan ujianMU TUHAN....jika aku yang berada di tempatnya,mampukah aku setenang dan setabah suaminya itu???Apa yang berlaku segala telah termaktub di Loh mahfuz.....ajal akan datang menyerpa,kita sendiri tidak tahu kita meninggal dalam keadaan apa...dimana dan bila... ALLAH...mudah mudahan ALLAH permudahkan kematian kita dan menempatkan kita bersama sama orang beriman dan beramal soleh hendaknya....YA ROBBI...dalam tenang suaminya itu  menerima qadha dan qadar takdir ALLAH..dalam tenang dia berzikir dalam diam agar ALLAH memberi kekuatan dan keimanan yang kental...bila iman didada..keredhaan menyapa jiwa...hebat sungguh iman dan ketabahan ALLAH beri pada dia....segalanya berlaku sekelip mata...segalanya berlaku  didepan mata ketika isterinya digilis lori pasir....ALLAH..sabarnya dia,redhanya dia dan pasrahnya dia dengan ketentuanMU  YA ALLAH...berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikolnya...semoga ALLAH memberi kekuatan akal dan keimanan padanya....





secebis demi secebis dia mengambil serpihan daging itu....dalam tenang dia mengambilnya...ALLAH..begitu hebat dugaan dan cabaran dia hadapi....



mulianya hati seorang suami, membersihkan darah  isterinya di atas jalan sendiri....semoga ALLAH sentiasa memberi dia ketabahan,kesabaran yang tinggi,kekuatan iman dan dipermudahkan dia membesarkan anak kecilnya itu...

 pilu dan sebak atie nie,melihat si anak kecil yang baru 6 bulan melihat donia...kni menjadi anak yatim..tapi sapakah kta yang mahu menolak atau mempertikaikan ketentuan dan kekuasaan ALLAH?ALLAH lbh taw setiap apa yang berlaku dilangit mahupun dibumi...ALLAH lebih tahu disetiap ujian yang dihadapi hambaNYA...bersesuaian dengan kemampuan hamba hambaNYA untuk menempuhi dan menghadapinya...ALLAHU AKHBAR....jika aku di uji sebegitu...mampukah aku hadapi dengan tenang,sabar dan redha???semoga ALLAH melimpahkan kurnia dan innayah pada arwayahamah isterinya,mengampuni segala dosa dosanya dan mengampuni dosa dosa kta ndaknya...smga isterinya itu di tempatkan  bersama orang orang beriman hendaknya...AL-FATIHAH...


KUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

.Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut. “Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis

*Kosmo

No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...