Denaihati

Harimau Malaya

Tuesday 24 June 2014

Ludah kelangit jangan sampai bertepek di muka sendiri

Begitu lah lumrah dalam kehidupan...kita dituntut untuk saling ingat mengingati,nasihat menasihati...berpesan pesanlah kearah kebaikkan dan kebenaran..walaupun hanya sepotong ayat,mampu merubah manusia lebih bertamadun..bila ade yang sentiasa mengingati dan menasihati,INS SHA ALLAH kita akan  menyedari dari terus terusan melakukan kesilapan...ye..kita manusia biasa dah tentu selalu membuat dosa...kita tak perfect mana pon...sering khilaf dalam sedar mahupun tidak...tapi kita perlu mendengar dan menerima nasihat orang disekeliling dengan syarat orang yang menasihati itu beri nasihat dan teguran dengan cara berhikmah dan kasih sayang...Mana mungkin hati yang lembut jika pemberi nasihat itu menasihati dengan cara keras, kasar,herdikkan atau sindiran itu orang yang mendengar nasihat tersebut ikot dan menerima..malahan orang yang mendengar nasihat itu akan menjadi marah,terasa dihina....hurmmm...makanya orang yang menerima nasihat itu dari hatinya lembut umpama kapas berubah kepada batu yang keras...

Hakikat kehidupan zaman kini,mengata tak ingat diri...berlebihan cakap itu ini...bila kena batang hidung sendiri...itu jam baru sedar diri..rupanya dosa orang yang dikata kata,dikutuk kutuk terpalit pada diri,umpama meludah kelangit,bertepek kemuka sendiri...

Bila orang lain menegur dan nasihat ''Eh..kau tuh tak perfect mana pon'' Eh..nak jadi ustazah/ustaz kew?''Eh itu,eh ini...ye...ustazah dan ustaz tuh kan manusia biasa,bukan maksum(terpelihara dari dosa) macam nabi ..dia pun ade kekurangan gak..ade khilaf dan melakukan dosa gak...sama je macam kita...bila orang yang menutup aurat tegur dengan cara yang kasar dan tak berhikmah,..jangan disalahkan tudung yang menutupi auratnya itu...tapi salahkan cara teguran itu.....''Boleh jadi kamu benci sesuatu itu,tapi bila datang rahmat dan hidayah ALLAH...kamu akan merasa cinta akan apa yang kamu pernah benci itu...hurmmmm....bab tuh kita kena saling ingat mengingati,berpesan pesan  antara satu sama lain...tak akan ler kita sorang je nak  masuk syurga,orang lain dibiarkan ke neraka...jika tak tegur kang,diakhirat akan dipersoalkan ALLAH..''kenapa tak ajak orang melakukan kebaikan????kang bila kaki kanan da melangkah kesyurga,kaki kiri ke neraka pulak sebabnya ketika di dunia tak menegur atau tak mengajak orang lain membuat kebaikan....

''sampaikan lah walau sepotong ayat'' tak kira la sapa orang tuh,pelacur kew,penyamun kew,perompak kew,penzina kew atau apa sahaja..jika kata katanya itu kearah kebaikan...perlu menerima..bukan dicantas...kita nie hamba ALLAH yang bendosa,aku engkau sama sahaja ''PENDOSA'' makanya,jika mahu menasihati seseorang itu jangan dikhalayak ramai....perlu la secara sembunyi sembunyi..jangan sampai dikhalayak ramai..bukan apa..kau seolah olah mengeruhkan keadaan,seolah olah menghinanya dan memalukannya serta dari tiada permusuhan akan berlakunya pertingkahan yang berpanjangan..malahan akan memutuskan ikatan persaudaraan antara Islam...hendaklah duduk bersama,mulakan dengan  kata kata yang lembut,berhikmah dan kasih sayang...INS SHA ALLAH..hati yang keras umpama kerak nasi itu bila direndam akan menjadi lembut...Islam  mengajar kita,jika mahu mengajak orang berbuat kebaikan,mulakan kelembutan umpama tarik rambut dalam tepung...baru lah dengan mudah dan hati yang tenang akan menerimanya...contohi lah cara nabi menegur sahabat sahabatnya jika saidina Abu bakar,Saidina Ali melakukan kesilapan...Rasullullah menegurnya dengan pendekatan cara yang berhikmah,uslub dan kasih sayang...baru lah orang akan terima dan dengar...baru lah nasihatnya itu menusuk kalbu...

segala teguran atau nasihat perlulah dengan pendekatan dengan berhikmah,tone suara yang lembut...baru lah orang akan dengar dan ikot...jika hari ini aku bersalah,dengan rendah hati aku memohon kemaafan..kerana aku adalah hamba yang berdosa...

Atas rasa kasih dan sayang,aku mengingati diri aku juga kamu...nasihat yang baik ikot ..bersamalah memesan mesan,ingat mengingati antara satu sama lain....jangan sia siakan peluang yang ALLAH beri...ajal tak tentu masa lagi...mungkin kejap lagi ...mungkin esok hari....buatlah kebaikan sebesar zahrah sekali pon..kerana dari kebaikan itu akan ALLAH nilai disana...pasti ade reward yang menanti..jangan malu untuk berubah,jangan malu untuk bertaubat..jika di uji..perlu bersabar dalam hati,ALLAH menguji tak akan berhenti......

ALLAH DI UTAMA,IBADAH DIPERTINGKATKAN....BERSAMA SAMALAH KITA MENUJU KEJAYAAN ....INS SHA ALLAH...

fydasayangkamoo







No comments:

Post a Comment

WOW...BESTNYA BERD'HAQO...BEAUTY GITU YOU ALL

Assalammualaikum...Hai uall...Suka Chepidah nak kongsikan barang baik nie.Pada mulanya sekadar suka suka mencuba jer produk D'haqo nie ...